Pendapatan isi rumah bawah RM3,000: Cara daftar & mohon bantuan TUNAS RM50 setiap bulan

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini, ramai di kalangan masyarakat yang terpaksa berjimat cermat dalam urusan kehidupan seharian.

Selain kos makan, minum, pakaian dan tempat tinggal, cabaran kos menampung yuran tadika anak-anak juga menjadi salah satu cabaran utama kepada ibu bapa pada hari ini.

Prihatin dengan keadaan itu, pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

TUNAS pada asasnya bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran tadika anak-anak mereka, dengan Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan subsidi sebanyak RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Berikut adalah penjelasan berkenaan skim bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah sama ada:
    • Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah;
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja;
  • Untuk Anak yang belajar di tadika berdaftar sahaja (senarai tadika, sila rujuk – DI SINI).

Cara Memohon

Kepada ibu bapa yang menepati syarat-syarat kelayakan TUNAS, permohonan skim ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Permohonan TUNAS 2022 – DI SINI

.

Setelah mengemukakan permohonan secara dalam talian, pemohon kehendaki mencetak borang permohonan dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak;
  • Salinan MyKad Ibu;
  • Salinan MyKad Bapa;
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu);
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat;
  • Cop Pengesahan tadika tempat anak belajar;
  • Bagi pemohon yang bukan kelahiran Selangor, berikut adalah dokumen tambahan yang perlu dilampirkan:
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen-dokumen ini seterusnya perlulah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran dalam talian dilakukan ke e-mel: pendaftarantunas@gmail.com atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Bagi maklumat terperinci berkenaan TUNAS, boleh teliti dan baca – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *