Bantuan RM1,000 – RM2,000 dibayar dua minggu depan: Semak senarai penuh penerima

Pada tahun ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM1,000 – RM2,000

Di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang berkelayakan.

Advertisement

Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM1,000 dan RM2,000 di bawah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Terdapat dua kategori penerima banyuan SSPA ini, iaitu:

  • RM1,000: Diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
  • RM2,000: Diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bayaran sebanyak RM1,000 juga akan disalurkan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Pembayaran bantuan

Pembayaran insentif ini akan dibuat kepada yang layak secara kredit terus ke akaun penerima. Pengkreditan pula akan dibuat pada 23 Februari 2024 secara ‘one-off’.

Advertisement

Tarikh itu dipilih bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal nanti.

Dalam perkembangan sama, pihak kerajaan turut bersetuju untuk memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi bagi meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.

Selain itu, pihak Kerajaan juga meneruskan pelaksanaan program Pas Bulanan My50 tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. Manakala, untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.

Dokumen yang diperlukan untuk membeli pas ini adalah MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go. Namun, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak melanggan pas ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan – bantuan di Bawah Belanjawan 2024, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *