Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas Minima RM1,000 Yang Disalurkan Disember Ini. Berikut Senarai Penerimanya
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Kewangan Khas Minima RM1,000 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Kewangan Khas Minima RM1,000 & Senarai Penerima
Kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangannya.
Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).
Dianggarkan seramai 13, 400 kakitangan awam negeri itu bakal menerima manfaat berkenaan.
Tarikh Bayaran Bantuan
Ia akan mula dibayar sebelum akhir tahun ini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti maklumat berikut:
Bahagian / Unit : Pejabat Menteri Besar Johor
Alamat : Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 4,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri
Ketua Jabatan : Tuan Haji Joharudin bin Samion @ Mingan
Tel : +607-266 6355 / +607-266 6365
Faks : +607-290 8091