Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas RM1,500 Yang Dikreditkan Pada Januari Depan. Berikut Senarai Penerimanya
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Kewangan Khas RM1,500 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Kewangan Khas RM1,500 & Senarai Penerima
Kerajaan Kelantan mengumumkan bantuan khas RM1,500 kepada penjawat awam negeri itu. Bantuan khas ini paling tinggi direkodkan untuk penjawat awam negeri.
Jumlah pembayaran membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM13 juta.
Tarikh Bayaran Bantuan
Bantuan khas berkenaan akan dibayar pada Januari depan sebagai menghargai kakitangan awam di negeri itu.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti maklumat berikut:
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Aras 10, Mabna MBI, Blok 8
Kompleks Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu, KELANTAN
Tel : 09-7481957
Fax : 09-7442748
E-mel : mbkelantan@kelantan.gov.my