RM1,000 Bantuan One-Off Untuk Penerima Yang Layak. Ini Maklumat Penuh Bantuan KDE 2025

Adakah anda tahu bahawa terdapat bantuan kewangan sebanyak RM1,000 untuk warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menetap di negeri ini? Bantuan ini disediakan untuk meringankan beban kewangan waris apabila berlaku kematian, sekaligus memastikan urusan pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan lebih lancar dan teratur.

Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan meringankan beban waris apabila berlaku kematian dalam kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini. Program ini dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan menawarkan bantuan kewangan secara sekali bayar (one-off) kepada waris yang layak.

Jumlah Bantuan

Setiap waris yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000. Bantuan ini diberikan bagi membantu menampung sebahagian kos pengurusan jenazah dan perbelanjaan berkaitan. 

Syarat Kelayakan

Kategori Penerima

Warga Emas Warganegara Malaysia. Berumur 50 tahun ke atas. Pengundi berdaftar dan bermastautin di Negeri Selangor. Orang Kurang Upaya (OKU) Warganegara Malaysia. Pemegang kad OKU yang sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tiada had umur. Bermastautin di Negeri Selangor. Bagi pemohon berusia 18 tahun ke atas, mestilah pengundi berdaftar di Selangor. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi berdaftar di Selangor.

Syarat Tambahan

Permohonan mestilah dibuat semasa pemohon masih hidup. Tiada permohonan akan diterima selepas kematian berlaku. Pemohon perlu mendaftar secara atas talian melalui laman web rasmi KDE. Waris yang didaftarkan mestilah dalam kalangan keluarga terdekat seperti ibu, bapa, anak, abang, kakak, adik, suami atau isteri.

Cara Memohon

Pra-Pendaftaran

Bagi individu yang telah berdaftar di bawah program Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS), atau Insurans Am Selangor (INSAN), mereka perlu membuat pengesahan maklumat dan persetujuan untuk menjadi ahli Khairat Darul Ehsan di laman sesawang kde.yawas.com.my

bermula 5 Mei 2025. 

Pendaftaran Baharu

Bagi individu yang belum pernah mendaftar dengan mana-mana program di atas, pendaftaran baharu boleh dibuat di laman sesawang yang sama bermula 1 Jun 2025. Permohonan akan disaring oleh YAWAS dan keputusan boleh disemak di laman sesawang tersebut.

Dokumen Diperlukan

Salinan Kad Pengenalan pemohon. Salinan Kad Pengenalan waris. Salinan semakan daftar pemilih SPR pemohon dan waris. Salinan kad OKU (jika berkaitan). Surat akuan sumpah jika waris bukan dalam kalangan keluarga terdekat.

Proses Tuntutan Khairat

Apabila berlaku kematian, waris yang telah didaftarkan perlu membuat tuntutan secara atas talian melalui laman web rasmi KDE dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian. Dokumen yang diperlukan termasuk:

Salinan Kad Pengenalan waris. Salinan muka depan akaun bank waris. Salinan sijil kematian ahli.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank waris yang didaftarkan. Tempoh pemprosesan pendaftaran adalah antara 14 hingga 30 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dihantar. 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan mengenai inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE), sila hubungi:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Telefon: +603-5481 8800 Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com Laman web: https://kde.yawas.com.my

Program Khairat Darul Ehsan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara, khususnya dalam saat-saat sukar seperti kehilangan ahli keluarga. Dengan bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban waris dalam menguruskan hal-hal berkaitan kematian.