RM1,200 Dibayar Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Mei 2025): Maklumat Penuh Bantuan Kewangan Khas 2025
Melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan impian ramai pelajar selepas menamatkan alam persekolahan. Ia bukan sekadar satu pilihan, tetapi menjadi satu langkah penting dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan stabil. Dalam era yang semakin mencabar ini, kelayakan akademik memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju kerjaya seseorang serta peluang untuk meningkatkan taraf hidup.
Bagi ramai pelajar, memasuki IPT adalah satu titik perubahan dalam hidup. Ia bukan hanya soal mengejar segulung ijazah, tetapi juga tentang pengalaman baru – berdikari, membina jaringan sosial, mengasah kemahiran insaniah, dan mempersiapkan diri untuk dunia pekerjaan yang sebenar. IPT juga menyediakan platform untuk pelajar mengenal potensi diri, meneroka minat, serta membentuk pemikiran kritis dan kepimpinan yang diperlukan dalam dunia moden.
Namun begitu, keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan perancangan teliti, sokongan emosi daripada keluarga, serta persediaan kewangan yang mencukupi. Kos yuran pengajian, penginapan, buku, dan keperluan harian sering menjadi cabaran utama, terutamanya bagi keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Justeru itu, pelbagai bantuan seperti pinjaman pendidikan, biasiswa, dan program tajaan disediakan oleh kerajaan dan agensi berkaitan bagi meringankan beban pelajar.
Tambahan pula, pemilihan kursus dan institusi yang sesuai juga sangat penting. Pelajar perlu mengenal pasti minat serta peluang kerjaya dalam bidang yang dipilih agar tidak tersilap langkah. Dalam dunia yang pantas berubah, kursus dalam bidang teknologi, keusahawanan, kesihatan, dan kemahiran teknikal semakin mendapat permintaan tinggi. Oleh itu, membuat kajian awal dan mendapatkan nasihat daripada kaunselor pendidikan amat digalakkan.
Secara keseluruhannya, melanjutkan pelajaran ke IPT bukan sekadar memenuhi kehendak akademik, tetapi adalah satu pelaburan jangka panjang. Ia membuka pintu kepada pelbagai peluang, memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan, dan membentuk asas yang kukuh untuk masa depan. Dengan sokongan yang betul dan usaha berterusan, setiap pelajar mampu mencipta kejayaan melalui laluan ini.
Dalam masa sama, bagi menghargai mereka yang berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat menara gading, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan. Antaranya adalah dengan memperkenalkan Bantuan Kewangan Khas dan berikut adalah maklumat lanjutnya.
Bantuan Kewangan Khas 2025
Pada tahun 2025 ini, Kerajaan Sarawak telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar Sarawak sebanyak RM1,200.
Bantuan ini diberikan kepada anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Merupakan Anak Sarawak (sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah warga Sarawak);
- Sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA atau IPTS) yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;
- Pelajar mendaftar dalam mod pengajian sepenuh masa; dan
- Disahkan dan diperakui oleh institusi (IPT) bahawa pelajar memenuhi semua kriteria di atas.
Pembayaran Bantuan Kewangan Khas
Seperti dimaklumkan di awal tadi, jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM1,200. Akan tetapi, pembayarannya akan dibuat secara dua fasa iaitu RM600 bagi setiap semester.
Cara pembayarannya pula adalah secara dikreditkan terus ke akaun S Pay Global pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
Permohonan Bantuan Kewangan Khas
Bagi permohonan bantuan ini, ia dibuka selama sebulan mulai 1 Mei 2025 hingga 1 Jun 2025. Permohonannya boleh dilaksanakan secara dalam talian di Portal Rasmi Yayasan Sarawak.
Pemohon juga perlu memastikan bahawa dokumen-dokumen yang perlu dimuat naik ke sistem hendaklah di bawah 5MB. Dimaklumkan juga bahawa pelajar adalah diwajibkan untuk mendaftar Sarawak ID dan memiliki akaun S Pay Global yang aktif bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Memetik laporan media, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapa’ee – bantuan ini terbuka kepada semua pelajar dan tanpa mengira latar belakang ekonomi.
“Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang ekonomi. Tiada negeri lain yang melaksanakan inisiatif seperti ini. Tempoh permohonan dibuka dari 1 Mei hingga 1 Jun 2025.
“Bagi mereka yang terlepas permohonan pada pusingan pertama, satu lagi peluang akan dibuka pada bulan September, khusus untuk pelajar yang baru memasuki atau mendaftar ke IPTA dan IPTS tahun ini,” katanya.
Maklumat lebih terperinci serta lengkap Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar Sarawak boleh dilihat dan rujuk di Portal Yayasan Sarawak – DI SINI.



