RM300 Dikreditkan Atau Boleh Diambil Secara Tunai Bulan Ini (Mei 2025): Maklumat Penuh Bantuan SKR 2025

Golongan berpendapatan rendah merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Mereka terdiri daripada pekerja sektor informal, buruh, peniaga kecil, petani, nelayan dan pelbagai golongan lain yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada kelangsungan kehidupan harian rakyat Malaysia. Namun, dalam keghairahan mengejar kemajuan dan pertumbuhan ekonomi, keperluan mereka sering kali terpinggir atau tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Hakikatnya, kehidupan seharian bagi mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan pendapatan yang terhad, mereka terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuk harga makanan, sewa rumah, kemudahan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan.

Malah, ramai di antara mereka terpaksa memilih antara membeli makanan atau membayar bil utiliti pada setiap bulan. Dalam situasi yang semakin mencabar ini, sebarang kejutan ekonomi – seperti kehilangan pekerjaan, kemelesetan ekonomi atau bencana alam — boleh menggugat keseluruhan kestabilan keluarga mereka.

Bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, peluang untuk mendapat pendidikan berkualiti juga mungkin terjejas. Ramai yang terpaksa mengorbankan masa belajar untuk membantu keluarga menambah pendapatan. Begitu juga dengan akses kepada penjagaan kesihatan — yang bagi golongan berpendapatan sederhana atau tinggi mungkin dianggap mudah, tetapi bagi golongan ini, ia boleh menjadi satu beban kewangan yang besar.

Justeru, perlindungan sosial, bantuan kerajaan, dan program sokongan komuniti amat penting untuk membantu meringankan beban mereka.

Kerajaan dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil inisiatif dalam menyalurkan bantuan seperti subsidi, bantuan tunai, peluang latihan kemahiran, dan skim perumahan mampu milik. Namun, cabaran sebenar terletak pada keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar ini agar benar-benar sampai kepada kumpulan sasar. Lebih penting lagi, keperluan mereka bukan sekadar wang ringgit, tetapi juga peluang untuk keluar daripada kitaran kemiskinan secara mampan.

Makanya, terdapat Kerajaan Negeri yang memperkenalkan bantuan khusus bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu.

Bantuan SKR 2025

Bantuan SKR adalah singkatan bagi Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Belanjawan 2025 Negeri.

Melaluinya, mereka yang menepati syarat-syarat kelay akan dan diluluskan permohonan akan menerima bantuan khas RM300 setiap bulan selama satu tahun (setahun).

Tujuan utama bantuan ini diperkenalkan adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan SKR 2025

  • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin dan miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih dan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK).
    • Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

Cara Memohon

Bagi yang ingin memohon bantuan ini, permohonan boleh dibuat dengan mengemas kini data di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Pembayaran bantuan pula akan dibuat dengan kaedah-kaedah berikut:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi pengambilan tunai, ia boleh dibuat di cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) yang terdekat. Jadual pembayaran Bantuan SKR 2025 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1: Januari – Mac (Pakej Hari Raya Aidilfitri) RM900
  • Fasa 2: April – Jun (Pakej Hari Kaamatan) RM900
  • Fasa 3: Julai – September (Pakej Merdeka) RM 900
  • Fasa 4: Oktober – Disember (Pakej Hari Krismas) RM900

Maklumat lebih terperinci serta lengkap Program Sentuhan Kasih Rakyat boleh dilihat dan rujuk di Portal PADANS – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *