Banyak jawatan kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Gaji sehingga RM4,007

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka:

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

  1. PEMBANTU AWAM H11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  3. PEMBANTU PENYELIDIK Q19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,355 – RM4,007
  4. PEMBANTU AKAUNTAN W19
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,353 – RM4,005

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik yang lengkap boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (mengikut jawatan).

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan dibuka sehingga 22 April 2024, Isnin.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawAtan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

FRIM adalah antara institusi terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1926. FRIM pada awalnya dahulu dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB).

Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong iaitu sekitar 16km di barat laut dari Kuala Lumpur. Bidang penyelidikan FRIM merangkumu:

  • Perhutanan dan Alam Sekitar: Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan mampan sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan rekreasi.
  • Bioteknologi Perhutanan: Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi (biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi.
  • Keluaran Hutan: Memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi.
  • Biodiversiti Hutan: Menyediakan dan membangunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan.
  • Hasilan Semula Jadi: Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah bioaktif.
  • Ekonomi dan Analisa Strategik: Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara.

Hasil penyelidikan FRIM juga diterbitkan dalam jurnal-jurnal sains yang diwasit atau diulas oleh rakan-rakan saintis lain dan juga dikongsi dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam pengawalan dan pengurusan hutan, serta industri perhutanan.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *