Bantuan Tunai RM100-RM650 dikreditkan mulai 3 April: Berikut senarai penerima yang layak & cara pembayarannya

Bantuan tunai secara berfasa merupakan inisiatif yang baik untuk rakyat. Beberapa hari lagi sambutan Aidilfitri bakal menjelma. Pastinya bantuan kewangan sangat diperlukan untuk menampung perbelanjaan sepanjang hari raya.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Ia juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Objektif Bantuan

Ia juga berobjektif untuk membantu mereka yang memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup, melalui empat fasa pembayaran bagi tahun 2024 ini.

Jumlah Penerima Bantuan

Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai 3 April 2024 (Rabu).

Kerajaan telah menambah peruntukan program subsidi bersasar STR Fasa 2 sebanyak 20 peratus kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.

Senarai Penerima & Jumlah Bantuan

Berikut adalah maklumat senarai penerima & jumlah pembayaran bagi STR Fasa 2:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2 50
    • Advertisement
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Jumlah STR Fasa 2: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • Jumlah STR: RM150

Tarikh Bantuan

Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 3 April ini kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.

Cara Bantuan Dikreditkan

Bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima. Selain itu, sumbangan tersebut akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat- peringkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing

Cara Semakan

Kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan.

Oleh sebab itu, dijangkakan bilangan penerima yang layak terus bertambah pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Untuk maklumat semua, sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *