Pasangan Baru Kahwin Layak Memohon Bantuan One Off RM1,000. Ini Syarat & Cara Memohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, negeri atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang terbaru adalah Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan tersebut yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang dilancarkan kerajaan negeri sejak sembilan tahun lalu, beri bantuan bagi golongan miskin dan yang kurang berkemampuan layak menerima sumbangan perkahwinan sebanyak RM1000.

Kadar Bantuan

Wang tunai bernilai RM1000 dalam bentuk cek (atas nama calon) diberi kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sertai Channel Telegram: https://linktr.ee/ipermohonan

Syarat Kelayakan

  • Rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
  • Telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
  • Advertisement
    Advertisement
  • Perkahwinan pertama kali (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).
  • Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.
  • Pemohon tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).
  • Boleh dituntut oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.

Cara Mohon Bantuan

Cara memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di :

  • Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim
  • Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia
  • Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di http://www.upibsn.kelantan.gov.my/v2
  • Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *