Ramai Terlepas Pandang Pasal Bantuan Am Negeri. Ini Cara Mohon RM100-RM350 Bulanan

Pelbagai bantuan kewangan telah kerajaan sediakan bagi pelbagai golongan. Bagi kategori bujang dan berkeluarga, mungkin ramai yang telah terlepas pandang dengan beberapa jenis bantuan.

Seperti yang kita tahu, dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah menaikkan syarat kelayakan kebajikan daripada RM980 kepada RM1,169.

Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan RM1,169 ke bawah, anda boleh menikmati skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Salah satu daripada skim tersebut adalah Bantuan Am Negeri.

Apakah Objektif Bantuan?

Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Berapakah Kadar Bantuan?

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Apakah Syarat Kelayakan?

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin
    Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan
    bulanan JKM lain;
    ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Bagaimanakah Cara Memohon?

Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:

Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

ATAU

Untuk cara lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM. Selepas itu, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.

Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *