Khusus untuk keluarga tidak berkemampuan: Cara memohon bantuan sehingga RM1,000 sebulan
Bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya kepada keluarga yang tidak berkemampuan – pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah:
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak- kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –
Kadar Bantuan
Kepada mereka yang layak, kadar bantuan BKK adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan dengan mengikut pecahan berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
tamat menengah atas; ATAU - Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Cara Memohon
Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon juga diminta untuk membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Untuk maklumat lengkap berkenaan BKK, ia turut boleh dirujuk – DI SINI.