Permohonan Bantuan Persediaan RM500-RM1,000 Dibuka Sekarang: Kategori Penerima & Cara Memohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Persediaan oleh YT yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan Persediaan oleh YT yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

  1. Sek. Berasrama Penuh: RM500.00
  2. Sijil: RM500.00
  3. Matrikulasi/ Asasi/ A-Level: RM500.00
  4. Diploma: RM750.00
  5. Ijazah Sarjana Muda:  RM1,000.00
  6. Sarjana (Master): RM1,000.00
  7. Doktor Falsafah (PhD): RM1,000.00

SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://linktr.ee/jawatan_bantuan

Apakah Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu?

Bagi pelajar anak Terengganu yang layak & memenuhi syarat, kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan satu Skim Bantuan Persediaan ke IPT bagi mengurangkan bebanan kewangan sebelum memulakan pengajian di IPT.

  1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu/bapa/penjaga RAKYAT TERENGGANU (Warganegara Malaysia) dan ibu/bapa/penjaga MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DI DUN NEGERI TERENGGANU.
  2. Ibu/bapa/penjaga pemohon yang bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapatkan surat pengesahan daripada majikan/wakil rakyat/penghulu mukim/ketuakampung.
  3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan, diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kursus pengajian sepenuh masa serta pemohon tidak bekerja.
  4. Program/Kursus Latihan Kemahiran tidak layak memohon bantuan persediaan.
  5. Tempoh Pengajian hendaklah tidak kurang dari SATU TAHUN.
  6. Syarat umur bagi permohonan :
  7. Peringkat Sarjana (Master) – 25 tahun ke bawah.
  8. Peringkat Doktor Falsafah (PhD) – 30 tahun ke bawah.
  9. Setiap pemohon hanya layak memohon SEKALI sahaja bagi setiap peringkat pengajian.
  10. Tempoh permohonan adalah selewat-lewatnya SEBULAN dari tarikh pendaftaran rasmi ke IPT (surat tawaran)

Cara Memohon

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi: https://ytklik.terengganu.gov.my/application/2/online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *