RM500 Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Maklumat Lengkap Bantuan BWE 2024
Warga emas merupakan aset penting dalam masyarakat kita. Mereka adalah individu yang pernah menyumbang kepada pembangunan keluarga, komuniti, dan negara. Namun, usia yang semakin meningkat membawa cabaran tersendiri, terutamanya dari segi kesihatan, kewangan, dan kesejahteraan emosi. Dalam tempoh ini, sokongan yang holistik amat diperlukan untuk memastikan mereka menjalani kehidupan yang selesa dan bermakna.
Antara keperluan utama warga emas ialah akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti. Penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, dan artritis sering menjadi cabaran kepada golongan ini. Rawatan perubatan yang konsisten dan kemampuan untuk mendapatkan ubat-ubatan adalah faktor penting untuk mengekalkan tahap kesihatan mereka. Selain itu, persekitaran yang mesra warga emas, seperti rumah yang dilengkapi dengan kemudahan keselamatan tambahan, juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, kesejahteraan emosi tidak boleh diabaikan. Rasa kesunyian dan pengasingan sosial adalah antara masalah yang kerap dihadapi oleh warga emas. Kehadiran sokongan sosial, seperti interaksi dengan keluarga, rakan, atau program komuniti, mampu meningkatkan kualiti hidup mereka secara signifikan.
Dari sudut kewangan, banyak warga emas berdepan dengan cabaran untuk memenuhi keperluan asas mereka selepas bersara. Tabung persaraan yang tidak mencukupi atau ketiadaan pendapatan tetap boleh menyebabkan mereka terdedah kepada tekanan kewangan. Bantuan daripada keluarga, komuniti, dan kerajaan amat diperlukan bagi meringankan beban ini.
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas atau BWE. Ini adalah maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Warga Emas (BWE)
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Warga Emas atau BWE. Bantuan ini diberika kepada warga emas (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 dan secara bulanan kepada yang layak serta diluluskan permohonannya.
Syarat-Syarat Kelayakan BWE
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
Cara Memohon BWE
Bagi yang memenuhi kelayakan BWE, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara (terdekat).
Untuk memudahkan urusan, berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa ketika membuat permohonan:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Bagi pengetahuan semua, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Tatacara ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.
Maklumat terperinci berkenaan Bantuan Warga Emas (BWE), boleh diteliti – DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, melalui Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BWE kepada RM600 mulai tahun depan. Selain itu, Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan kepada RM250 daripada RM200 bagi seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah; serta kepada RM200 daripada RM150 bagi seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
Bagi Wilayah Persekutuan pula, Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 daripada kadar minimum RM100 dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga.