RM500 Dikreditkan Secara Automatik Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Bantuan Sara Hidup (BSH)

Kos sara hidup merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan, terutama dalam keadaan ekonomi yang sentiasa berubah. Keperluan harian seperti makanan, tempat tinggal, utiliti, pengangkutan, dan pendidikan adalah asas kepada kehidupan yang selesa. Namun, dengan peningkatan harga barang dan perkhidmatan, ramai yang merasakan bebanan untuk memenuhi keperluan asas ini.

Dalam kehidupan moden, kos sara hidup bukan sekadar tentang membeli makanan atau membayar bil, tetapi juga melibatkan aspek lain seperti penjagaan kesihatan, perlindungan kewangan, dan simpanan untuk masa depan. Harga bahan mentah yang meningkat, inflasi, serta faktor global memberi kesan besar terhadap perbelanjaan harian rakyat.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana adalah antara yang paling terkesan, menjadikan pengurusan kewangan peribadi satu kemahiran penting bagi memastikan keperluan asas terus dipenuhi tanpa mengorbankan kesejahteraan jangka panjang.

Kerajaan dan pelbagai pihak turut memainkan peranan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup. Subsidi, bantuan tunai, serta inisiatif kawalan harga antara langkah yang diambil untuk meringankan beban rakyat. Namun, individu juga perlu bijak dalam mengurus perbelanjaan, seperti membuat bajet bulanan, membezakan antara keperluan dan kehendak, serta mencari peluang untuk menambah pendapatan.

Selain itu, perlindungan kewangan seperti insurans juga semakin menjadi keperluan penting dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka. Insurans perubatan, insurans hayat, dan perlindungan terhadap kehilangan pendapatan boleh membantu mengurangkan impak kewangan sekiranya berlaku kecemasan atau krisis dalam kehidupan.

Mengurus keperluan harian dengan bijak bukan sahaja membantu menstabilkan kewangan peribadi tetapi juga memberi ketenangan fikiran dalam jangka panjang. Perancangan yang baik, kesedaran terhadap perbelanjaan, serta penggunaan sumber bantuan yang ada dapat membantu individu dan keluarga menjalani kehidupan yang lebih seimbang dan terjamin.

Prihatin dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Ini maklumat lanjut tentang bantuan tunai ini.

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Bantuan ini bertujuan untuk diberi kepada Veteran ATM secara bulanan bagi meringankan beban sara hidup harian. Melalui Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju menaikkan bantuan ini kepada RM500.

“Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini,” petikan dari Belanjawan 2025.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan BSH, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap dan dilampirkan dengan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selepas itu, permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan itu akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Untuk maklumat, setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan BSH kemudian akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Bagi maklumat terperinci berkenaan Bantuan Sara Hidup, sila layari Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *