Kerajaan Negeri Umum Bantuan Khas RM2,000 Yang Dikreditkan Februari & Mac 2024. Berikut Maklumat Penuhnya

Bulan Januari 2024 telah pun menutup tirainya. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah bantuan yang ditelah disediakan oleh pihak kerajaan? Bantuan khas tunai kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ia akan memberi manfaat secara konsisten kepada golongan yang telah berjasa kepada negara atau negeri.

Pihak kerajaan/negeri tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan Khas minima RM2,000

Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM2,000. Bantuan khas ini akan diberikan kepada sekitar 4,400 penjawat awam di negeri berkenaan dengan implikasi kewangan kira-kira RM10 juta. Bantuan ini telah diumumkan dalam Belanjawan Melaka 2024.

Tujuan Bantuan

Pemberian bonus tersebut sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tahun ini dan hasil rundingan kita bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada bulan Februari dan Mac tahun 2024.

Maklumat Belanjawan Melaka 2024

Bajet keseluruhan bagi tahun 2024 dianggarkan berjumlah RM564.6 juta manakala, hasilnya dianggarkan berjumlah RM479.6juta. Daripada jumlah itu, anggaran hasil cukai adalah sebanyak berjumlah RM167.4 juta selain hasil bukan cukai RM298.9 juta dan terimaan bukan hasil RM13.3 juta.

Advertisement
Advertisement

Kerajaan Melaka juga meneruskan inisiatif bajet lebihan atau surplus budget, dengan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM479.5 juta. Iaitu bagi maksud tanggungan dianggarkan berjumlah RM14.8 juta manakala bagi maksud bekalan dengan anggaran berjumlah RM464.7 juta.

Maklumat Tahun Melawat Melaka 2024

Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 bermula pada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 dengan bertemakan “Mana Lagi? Melaka Ler…”.

Objektif penganjuran TMM 2024 ini adalah menjadikan Melaka sebagai top of the mind dan preferred tourist destination dengan sasaran 15.0 – 18.7 juta pelancong ke Melaka pada tahun hadapan. Selain itu, TMM 2024 juga merupakan misi Kerajaan Negeri Melaka dalam menggalakkan penglibatan rakyat negeri Melaka di dalam sektor pelancongan di dalam menjaga kebersihan, keceriaan di samping melindungi tarikan pelancongan sejarah, warisan dan alam semula jadi negeri Melaka melalui aktiviti pemuliharaan dan konservasi.

Untuk sebarang info lanjut berhubung TMM2024 ini, sila layari laman rasmi Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka di pautan https://www.visitmelaka.com.my  atau hubungi  One Number Call Centre di talian 06-3333333.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *