Ini senarai mereka yang layak menerima Sumbangan RM100 dalam MyKad setiap bulan

Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Bagi Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan  kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Sumbangan RM100 setiap bulan

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Dalam masa sama, terdapat juga penerima STR yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah atau SARA.

SARA adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM600 dan RM1,200 yang diberikan secara berperingkat setiap bulan kepada penerima STR yang layak.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pembayaran

Pecahan penerima SARA adalah seperti berikut:

  • RM1,200: Penerima STR yang menepati syarat-syarat kelayakan SARA dalam kategori isi rumah (kahwin dan ibu bapa tunggal yang mempunyai anak) serta warga emas tiada pasangan.
  • RM600: Penerima STR yang menepati syarat-syarat kelayakan SARA dalam kategori bujang.
  • Advertisement
    Advertisement

Cara pembayarannya pula melalui dua kaedah iaitu:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Bagi penerima melalui MyKad, ia boleh digunakan untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara.

Pada masa ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit yang terlibat di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *