Bantuan RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas: Ini cara memohon
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan RM500 Setiap Bulan
Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Bantuan ini pada asasnya memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM50o setiap bulan kepada penerima warga emas yang berkelayakan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan bulanan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Setiap permohonan selepas itu akan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi info yang lebih teliti tentang BWE dan borang permohonan, sila lihat di Portal JKM– DI SINI.