Bantuan Tunai RM2,700 sekaligus untuk B40 berkelayakan: Senarai penuh penerima & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai RM2,700

Terdapat sebuah bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali sebagai Geran Pelancaran. Bantuan ini pada asasnya berobjektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Kadar Geran Pelancaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,700 secara sekaligus (one-off) kepada mereka yang berkelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Geran Pelancaran ini boleh dikemukan melalui pejabat-pejabat kebajikan masyarakat terdekat.

Tapi, seperti yang dimaklumkan di syarat-syarat kelayakan, bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.

Advertisement

Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu – sebelum membuat permohonan Geran Pelancaran.

Advertisement

Jika mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan, maka selepas itu mereka boleh mengemukakan permohonan Geran Pelancaran.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, JKM juga memperkenalkan pelbagai lagi bantuan tunai seperti Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Anak Pelihara.

Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah sebanyak minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Bantuan Kanak-Kanak pula melibatkan minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan dengan pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.

Manakala, Bantuan Anak Pelihara adalah pada kadar minima RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *