Ini senarai Bank-Bank yang telah dikreditkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Bajet Mini 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan di Dewan Rakyat pada bulan Disember tahun lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Ketika membentang Bajet Mini 2023 di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR).

Fasa 1 bantuan ini akan dilaksanakan lebih awal iaitu pada bulan Januari 2023, berbanding rancangan asalnya pada Mac 2023. Ia juga akan melibatkan kadar bantuan sebanyak RM300 bagi isi rumah B40 dan RM100 bagi kategori bujang.

Namun begitu, pada 16 Januari 2023 – pihak Kerajaan telah menjenamakan semula bantuan ini dan kini ia dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga: 

Pembayaran STR

Berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan, pembayaran Fasa STR 1 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 17 Januari 2023.

Pembayaran itu akan dibuat ke akaun bank penerima, seperti mana yang didaftarkan ketika permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun lalu.

Dalam masa sama, berdasarkan tinjauan di media sosial – terdapat warganet yang mengatakan pembayaran STR telah dikreditkan ke akaun masing-masing. Majoriti darinya adalah mereka yang menggunakan akaun bank dari Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad (Maybank), RHB Bank, CIMB dan Agrobank.

Seperti yang dinyatakan di awal tadi, pembayaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai pada minggu ini.

Selain itu, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank tidak aktif – penunaian STR boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *