Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Senarai penerima, tarikh dan pembayaran Fasa 2 untuk B40 & M40

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan di bawah Belanjawan 2024. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar yang dipertingkatkan.

Pada asasnya, STR merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40, sama dari kalangan isi rumah, warga emas dan bujang. Namun kadarnya, berbeza-beza mengikut kategori, pendapatan dan tanggungan masing-masing.

Ia juga bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup, melalui empat fasa pembayaran bagi tahun 2024 ini.

Kadar STR untuk setiap penerima

Bagi pembayaran STR, berikut adalah maklumat jumlah keseluruhannya bagi penerima mengikut kategori:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,000

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM750
  • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Jumlah STR: RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • Jumlah STR: RM600

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2

Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun mula dikreditkan pada bulan Januari 2024 lalu. Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 2 pula, ia akan diagihkan pada bulan April 2024 nanti.

Advertisement
Advertisement

Tentang kadar pembayaran STR Fasa 2, ia masih belum diumumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi cara penerimaan bantuan ini, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR sedia ada dari kalangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Kadar SARA yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 dan RM1,200 mengikut kategori penerima. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pasar raya atau Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *