SPA buka lebih 60 kekosongan jawatan sesi Mac 2024: Gaji sehingga RM5,696

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong SPA

PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,696

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00); atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00); atau
    • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
    • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).
    • Advertisement
      Advertisement
  • Dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *