Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Dikreditkan Pada Januari Ini. Berikut Syarat Kelayakan & Penerima
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan kewangan sangat penting bagi menampung kehidupan seharian sesetengah rakyat Malaysia.
Alhamdulillah. Kerajaan persekutuan dan negeri masih lagi prihatin untuk menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Kewangan Khas RM1,000 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Kewangan Khas RM1,000 & Senarai Penerima
Kerajaan Sabah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada seramai 20,271 orang penjawat awam negeri.
Tarikh Bayaran Bantuan
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor memaklumkan bantuan khas berkenaan akan dibayar pada bulan Januari 2023.
Jumlah Bayaran
Setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000
Tujuan Bantuan
Ia bagi menghargai kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi seperti di bawah:
Jabatan Ketua Menteri
Tingkat 27, Blok A, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +60-88-369195
Fax: +60-88-369000