E-Dompet RM300 setiap bulan: Mereka berpendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Ia diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya kepada isi rumah B40.

Salah satunya adalah sebuah bantuan berbentuk e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan e-Dompet berkenaan:

e-Dompet RM300 setiap bulan

Untuk makluman semua, terdapat sebuah bantuan e-Dompet yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dan ia diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Melalui bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan.

BINGKAS ini diperkenalkan dengan tujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor. Dengan e-Dompet berkenaan, ia boleh digunakan untuk membeli keperluan asas dan alat pendidikan.

Ia juga merupakan kesinambungan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang ditambah baik untuk membantu ketua keluarga dalam kalangan kumpulan B40.

Berikut adalah manfaat-manfaat utama BINGKAS:

  • E-Dompet BINGKAS boleh digunakan di kedai dan pasaran berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai;
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan sebanyak RM300;
  • Baki nilai terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan;
  • e-Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan.

Setiap pemohon (ketua keluarga) sama ada suami atau isteri hanya boleh membuat satu permohonan sahaja termasuk bagi pemohon (suami) yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan e-Dompet BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui Aplikasi Selangkah. Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut ketika mengemukan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Dimaklumkan bahawa setiap permohonan yang telah diluluskan adalah layak untuk menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dilakukan pada tahun berikutnya. Penerima sedia ada yang hampir mencapai tempoh matang 2 tahun sejak manfaat diterima akan mendapat notifikasi pada bulan ke-22. Penerima diberi tempoh 2 bulan untuk membuat kemaskini maklumat. Semakan kelayakan tertakluk pada syarat baru yang ditetapkan.

Mereka yang diluluskan permohoannnya boleh menggunakan BINGKAS untuk membeli barangan keperluan seperti tepung, gula, beras, garam, biskut, roti, ayam, daging, buah-buahan, sayur-sayuran, telur produk tenusu, sabun, kelengkapan mandian, lampin pakai buang, ubat-ubatan, barangan persekolahan dan sebagainya.

Cara membeli dengan menggunakan BINGKAS pula adalah seperti di bawah:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima memastikan baki akaun BINGKAS mencukupi;
  • Pengguna klik pada butang bayar;
  • Penerima masukkan pin 6 digit untuk pengesahan;
  • Kod QR terpapar di skrin, dan juruwang mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran.

Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *