Bantuan ‘Duit Raya’ RM1,500 dibayar sebelum sambutan Raya Aidilfitri: Tidak perlu memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Tujuan bantuan-bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban kewangan mereka di masa-masa tertentu, khususnya di musim perayaan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan ‘duit raya’ bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan di sambut pada bulan April depan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan hari raya yang diperkenalkan: –

Bantuan ‘Duit Raya’ RM1,500

Antara Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan pemberian ‘duit raya’ atau Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 adalah Kerajaan Negeri Johor.

Kadar bantuan khas ini ditetapkan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan akan diberikan kepada lebih 17,000 penjawat awam negeri berkenaan termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Johor juga telah bersetuju untuk Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan badan berkanun negeri.

“BIA Kajian SSPA Tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas.

“Timbal guna BIA Kajian SSPA Tahun 2024 ini juga akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam,” katanya.

Advertisement

Bantuan-Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Selain itu, beberapa buah negeri juga telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bersempenan Aidilfitri seperti Pulau Pinang dengan kadar setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu.

RM300 pula diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Negeri Perak turut mengumumkan bantuan sama dengan kadar RM1,000 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Seterusnya adalah Negeri Selangor yang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri.

Bantuan itu merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK Selangor.

Elaun sebulan pula diberikan kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baru dan ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *