Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 Untuk Pemohon Dari Keluarga B40 & M40: Cara Memohon & Senarai Penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Bantua-bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya dari kalangan keluarga B40 dan M40.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan:

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jumlah Bantuan Yang Diterima

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

(i) Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun

(ii) Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun

(iii) Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Nota : Sekiranya pelajar tersebut telah menerima tajaan / biasiswa daripada Bantuan Kewangan Asasi, pelajar tersebut tidak boleh menerima bantuan lain.

Cara Memohon Bantuan

Pemohon yang berkelayakan serta menepati syarat yang ditetapkan, anda boleh melakukan permohonan boleh secara online melalui Portal Rasmi Bahagian biasiswa dan pembiayaan KPM.

Bagi pelajar ingin memohon, anda perlu semak dan cetak sendiri dokumen tawaran. Setelah lengkap, anda perlu menghantar dokumen melalui Pejabat Pendaftaran Universiti (UA) masing-masing dan dibenarkan mengemukakan terus ke pihak KPM.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila ke Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://www.moe.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *