Jadual penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang dikreditkan tidak lama lagi

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Antara bantuan kewangan itu adalahh Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari 2023 dengan kadar sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada bujang.

Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula telah dibayar bermula pada 5 April 2023 dengan kadar RM200 kepada setiap kategori penerima.

Tentang STR Fasa 3 pula, ia akan melibatkan jumlah-jumlah berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Untuk maklumat semua, pembayaran STR Fasa 3 dijadualkan pada bulan Julai 2023 – seperti mana yang dinyatakan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat seperti mana sebelumnya iatu secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *