Hari ini Belanjawan 2022 akan dibentangkan, ini antara tumpuan bantuan yang bakal diperkenalkan
Selaras dengan beredaran masa dan tahun 2021 yang hampir tamat – kerajaan bakal membentangkan Belanjawan 2022 sebagai menyediaan bajet tahunan bagi tahun hadapan.
Sebahagian pakar ekonomi mengharapkan Belanjawan 2021 akan mengambil pendekatan dalam meningkatkan pendapatan selain disokong dengan bantuan khusus, subsidi, geran dan diskaun untuk dimanfaatkan rakyat, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat.
Malah, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) juga telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB), yang memberikan gambaran awal berkenaan hala tuju Belanjawan 2022.
Berikut adalah antara tumpuannya: –
Tumpuan utama Belanjawan 2022
Melindungi & memulihkan kehidupan serta mata pencarian
Belanjawan 2022 akan meneruskan usaha pemulihan dalam memastikan negara berjaya keluar daripada kemelut pandemik, serta meneruskan agenda memulih kehidupan dan sektor ekonomi yang terjejas pasca-pandemik.
Usaha juga akan digembleng bagi membantu golongan rentan dan mencipta peluang pekerjaan baharu.
Membina semula daya ketahanan negara
Belanjawan juga akan memberi penekanan kepada usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara, mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi terutamanya dalam sektor pendidikan dan menyediakan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi.
Memangkin pembaharuan
Belanjawan 2022 akan memastikan langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi penumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Pembentangan Belanjawan 2022
Pembentangan Belanjawan 2022 akan dilaksanakan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz di Dewan Rakyat pada 29 November 2021.
Pembentangan itu boleh ditonton secara langsung di stesen TV Malaysia bermula pada jam 4 petang.
Info lanjut berkenaan Belanjawan 2022 – DI SINI.