Bantuan Tunai BKK RM150 – RM1,000 setiap bulan untuk golongan B40: Berikut cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan B40 yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan tunai yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai BKK

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai bulanan sebanyak minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan di bawah:

  • RM200: Berumur 6 tahun ke bawah;
  • RM150: Berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • RM1,000: Kadar bantuan maksimum sebulan sekeluarga.

Objektif utama BKK adalah bagi membantu keluarga atau penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
    Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan BKK boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Setiap permohonan yang didaftarkan nanti akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *