Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Jabatan Kerajaan Februari 2025: Gaji RM1,500 – RM4,680
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor kini sedang membuka pengambilan pelbagai kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT
- Gred Jawatan : S1
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Bilangan Kekosongan : Dua
- Tempat Kekosongan : Sekitar Negeri Selangor
- Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
- Elaun :
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM300
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA): RM115
- Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH): RM350/RM300/RM200 bergantung kepada kawasan
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus (Gred E) dalam satu peperiksaan SPM; atau
- Memiliki dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus (Gred E) yang dikumpulkan dalam dua pepriksaan SPM dalam tempoh tiga(3) tahun berturut-turut.
- Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di Negeri Selangor sahaja.
Deskripsi Tugas
- Membantu pengurusan Rukun Tetangga (RT), Tabika Perpaduan (TP), Taska Perpaduan (TSP), Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mediator Komuniti (MK), Kelab Rukun Negara (KRN), dan Sekretariat Rukun Negara (SRN);
- Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan berbentuk penggalakan, pemupukan, pencelahan dan pemulihan dalam aspek perpaduan, integrasi nasional, bina negara dan silang budaya;
- Membantu pemantauan dan pengesanan isu-isu yang boleh mengancam dan menggugat perpaduan; dan
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan berserta gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan).
Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan berikut dan disahkan oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ / Gred 9 ke atas/Penghulu/Ketua Kampung:
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Sijil Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara.
Borang dan dokumen-dokumen itu kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Negeri Selangor
Tingkat 9, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40517 SHAH ALAM, SELANGOR
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 27 Februari 2025.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.
Info Tambahan
Kementerian Perpaduan Negara Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk selepas portfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Portfolio ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 1969 dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Misinya adalah bagi menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia.
Visinya pula adalah meningkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara.