BKM Fasa 4 RM100-RM900 Telah Dikreditkan Ke Akaun Penerima. Berikut Cara Semak Status Penerimaan
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah Belanjawan 2022 yang diberikan kepada rakyat Malaysia berkelayakan dari kalangan B40 dan M40.
Untuk tahun ini, nampaknya hanya tinggal pembayaran untuk Fasa 4 yang juga merupakan fasa terakhir BKM 2022. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5,000
- BKM Fasa 4: RM150
Cara Semakan Status Penerimaan
Bagi mengetahui dengan lebih tepat jumlah sebenar yang setiap penerima dapat, ia boleh disemak secara atas talian (online) di Portal Rasmi BKM dengan tatacara berikut:
- Layari Portal Rasmi BKM;
- Klik Log Masuk BKM;
- Masukkan Nombor MyKad;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan kata laluan;
- Klik Menu Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Lulus
- Tidak Lulus
- Maklumat Bayaran (Jika ada)
Kepada yang diluluskan, pembayaran BKM Fasa 4 akan mula dilaksanakan pada 15 November 2022 dengan kaedah-kaedah:
- Ada Akaun Bank: Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan;
- Tiada Akaun Bank/Akaun Bank Tidak Aktif: Penunaian di kaunter cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Bagi maklumat lengkap berkenaan BKM, sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.