Ini Cara Mohon Tambang Pengangkutan RM500-RM1000 PeKa B40 Bagi Penerima BPR 2021

Bagi mereka memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan  melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Ia bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Syarat Kelayakan PeKa B40

Tanpa perlu mendaftar, mereka memenuhi syarat-syarat di bawah secara automatik layak menyertai PeKa B40:

  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berdaftar
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.

Ini 4 Manfaat PeKa B40 Termasuk Tambang Pengangkutan

Berikut merupakan manfaat penerima PeKa B40:

1. Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma

  • Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).
  • Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
  • Saringan kesihatan merangkumi:
    – pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
    – saringan kesihatan mental
    – pemeriksaan fizikal
    – pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki       yang berisiko
    – ujian darah dan ujian air kencing
  • Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.
  • Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.
  • Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
  • Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.

2. Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

  • Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
  • Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.
  • Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
    1. Stent untuk jantung
    2. Alat sendi tiruan
    3. Alat bantuan pendengaran
    4. Perentak jantung
    5. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
    6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
    7. Kanta mata intraokular
    8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
    9. Bantuan sokongan nutrisi
    10. Kerusi roda
  • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
  • Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
  • Advertisement
    Advertisement

3. Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

  • Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.
  • RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
    Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
  • Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali:
    – RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
    – RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.
  • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
  • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

4. Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan

  • Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
  • Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
  • Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
    – RM500 untuk Semenanjung Malaysia
    – RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan
  • Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
  • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
  • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Cara Mendapatkan Manfaat PeKa B40

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan manfaat Peka B40

  • Semak kelayakan dengan memasukkan nombor IC di pautan berikut: Semakan Kelayakan PeKa B40 (Klik Sini)
  • Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan. (Lihat senarai klinik PeKa B40 di pautan ini: Klik Sini)
  • Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  • Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.