Cara Tebus Baucar RM30 Untuk Semua Rakyat Malaysia: Dibuka Mulai 1 September 2025
Dalam dunia yang penuh dengan ketidaktentuan, kesedaran terhadap kepentingan insurans semakin menjadi keperluan, bukan lagi pilihan. Ramai masih beranggapan bahawa insurans hanya penting apabila sesuatu musibah berlaku, sedangkan hakikatnya, insurans berfungsi sebagai perlindungan awal bagi mengurangkan beban kewangan apabila perkara yang tidak dijangka menimpa.
Sama ada melibatkan kesihatan, kemalangan, harta benda, mahupun kehidupan, insurans memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ekonomi individu dan keluarga.
Kesedaran masyarakat terhadap insurans masih perlu dipertingkatkan, terutamanya dalam kalangan golongan muda dan berpendapatan sederhana. Ramai yang lebih menumpukan kepada perbelanjaan harian dan simpanan jangka pendek tanpa menyedari bahawa satu kemalangan kecil atau penyakit serius boleh menghapuskan simpanan yang dikumpul bertahun-tahun. Di sinilah insurans berfungsi sebagai pelindung kewangan — memastikan seseorang tidak terjejas teruk apabila diuji dengan situasi luar jangka.
Selain itu, memiliki insurans juga menunjukkan tahap perancangan kewangan yang matang. Ia bukan sahaja memberi ketenangan fikiran kepada pemegang polisi, tetapi juga membantu mengurangkan beban kepada ahli keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Dengan pelbagai jenis pelan yang ditawarkan di pasaran, seperti insurans kesihatan, hayat, kenderaan, dan perniagaan – setiap individu boleh memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan masing-masing.
Kesimpulannya, kesedaran terhadap insurans perlu dipupuk sejak awal agar masyarakat lebih bersedia menghadapi cabaran hidup. Melalui perlindungan yang betul, kita bukan sahaja menjaga diri sendiri, tetapi juga menjamin masa depan keluarga daripada risiko kewangan yang tidak dijangka.
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia memiliki perlindungan insurans, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Program Baucar Perlindungan Tenang dan berikut adalah penjelasan lanjutnya.
Baucar RM30 – Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 adalah sebuah inisiatif strategik yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi memperkukuh perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah.
Dengannya, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh membuat penebusan baucar sebanyak RM30 bagi membeli produk asas insurans dan takaful yang ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV 3.0.
Dengan kerjasama industri insurans dan takaful, pihak Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM60 juta di bawah Belanjawan 2025 bagi menampung kos produk perlindungan di bawah PTV3.0. Ia juga untuk memastikan akses yang lebih meluas kepada isi rumah berpendapatan rendah.
Syarat-syarat kelayakan program ini adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Cara Menebus Baucar RM30
Untuk tujuan menyemak kelayakan, ia boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal myPTV dengan langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Layari Portal myPTV;
- Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
- Langkah 3: Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0.
Untuk menebus baucar ini pula, terdapat dua kaedah iaitu secara dalam talian atau dengan mengunjungi kaunter pengendali insurans. Bagi secara dalam talian, berikut adalah tatacaranya:
- Langkah 1: Layari Portal MyCoverage;
- Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
- Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
- Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi penebusan secara manual pula, anda boleh mengunjungi kaunter pejabat cawangan atau ejen / pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful.
Kemudian, anda perlu memahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan.
Jika anda memilih untuk meneruskan pembelian produk, anda hendaklah memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.
Tempoh Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 ini berkuatkuasa adalah bermula pada 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025 atau sehingga semua baucar telah ditebus, mana-mana yang terdahulu.
Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan program ini, sila rujuk di Portak MyPTV – DI SINI.



