Ini jumlah bantuan one-off yang boleh diterima oleh waris mangsa kematian COVID-19
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
Pemohon-pemohon diminta untuk membaca garis panduan permohonan dengan teliti dan mengemukakan dokumen yang lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
Pada 17 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah meluluskan agar penggunaan Tabung COVID-19 NADMA diperluaskan bagi meliputi Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada waris yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Tabung Covid-19 NADMA sebelum ini telah diwujudkan pada 11 Mac 2020 bagi memberi bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada rakyat Malaysia yang bekerja/berniaga di Malaysia tetapi kehilangan pendapatan atau tidak dibayar gaji berikutan dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Siapakah Yang Boleh Memohon
Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia di malaysia sahaja yang boleh memohon bantuan khas ini.
Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan oleh waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.
Syarat-Syarat Kelayakan
1. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
2. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia di Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja. Urusan sesama pemohon/waris adalah tanggungjawab pemohon/waris sendiri.
Kadar Bantuan
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
Kaedah Permohonan
1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
• Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
• Salinan Sijil Kematian
• Salinan Kad Pengenalan si mati
• Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
• Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
2. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp (pilih salah satu) ke NADMA:-
➢ Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
➢ Alamat E-mel rasmi
bkcovid19@nadma.gov.my
➢ Whatsapp *hanya untuk penghantaran dokumen sahaja.pertanyaan dan panggilan tidak akan dijawab
+60 11-1321 8056
Dokumen Yang Diperlukan
-
Borang Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 seperti di Lampiran A yang lengkap diisi dan disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkatian COVID-19.
- Salinan Sijil Kematian atau apa-apa dokumen perakuan kematian seperti permit menguburkan (mengambil kira kesukaran pengerakkan dan waktu operasi pejabat-pejabat yang berkaitan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan).
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Si Mati.
-
Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
Kaedah Pengesahan Kematian COVID-19
Kesukaran Mendapatkan Pengesahan Hospital Bagi Kematian COVID 19
Sekiranya pemohon tinggal jauh dari hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19 dan menyebabkan kesukaran mendapatkan pengesahan hospital, adakah permohonan boleh dipertimbangkan?
Dalam kes-kes tertentu, NADMA akan memberi pertimbangan terutama berkaitan ruangan pengesahan dari hospital yang memaklumkan kematian COVID-19.
Namun begitu, pertimbangan dan kelulusan ini tertakluk kepada pengesahan rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.
Kaedah Bayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Penafian
NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.