Bantuan Lesen Memandu Percuma untuk rakyat Malaysia tahun 2023: Senarai mereka yang layak
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan yang diperkenalkan: –
Bantuan Lesen Memandu Percuma
Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan ada memperkenalkan Bantuan Lesen Memandu Percuma kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Inisiatif itu dikenali sebagai Program MyLesen B2 iaitu bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) dan membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.
Dengan inisiatif ini, pihak kerajaan menanggung kos kos ujian dan latihan bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
- Sihat tubuh badan dan mental;
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu;
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pelaksanaan Inisiatif
Untuk makluman, mereka yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan akan dihubungi melalui surat dan e-mel.
Malah, inisiatif ini telah pun mula dilaksanakan pada 30 Mei 2023 lalu.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.