Senarai Bantuan Tunai RM100-RM1,000 Dikreditkan Setiap Bulan: Berikut Syarat Kelayakan & Senarai Penerima
Bantuan berbentuk tunai secara bulanan merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu golongan sasar yang memerlukan. Pelbagai bantuan tunai telah diperkenalkan khusus untuk golongan yang memerlukan itu mengikut kategori.
Kategori ini merangkumi golongan-golongan yang rentan serta memerlukan agar kehidupan harin mereka dapat diteruskan dengan baik.
Berikut merupakan senarai bantuan yang boleh dimohon:
Bantuan Am Persekutuan
Bantuan Am Persekutuan melibatkan kadar sebanyak RM100 – RM350 bagi membantu membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Bantuan Warga Emas
Bantuan ini pula diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berkelayakan. Kadar bantuan ini pula sebanyak RM500 setiap bulan. Antara syarat-syarat utama bantuan ini adalah:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Bantuan Kanak-Kanak
Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah sebuah inisiatif sebanyak RM150 sehingga RM1,000 setiap bulan.
Tujuan utama bantuan ini adalah bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Bantuan Anak Pelihara
Berkenaan dengan bantuan ini, ia melibatkan kadar sumbangan bulanan sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Objektif utamanya adalah:
- Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara;
- Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM300 setiap bulan. Ia diberikan kepada pemegang Kad OKU JKM yang tidak mampu bekerja dan menepati syarat-syarat khusus ditetapkan.
Pembayaran Bantuan
Berkenaan dengan pembayaran bantuan, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang diluluskan permohonan mereka. Tarikh pembayaran pula akan dibuat antara hari bulan 1 hingga 10 setiap bulan.
Bagi permohonan bantuan-bantuan ini pula, ia boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantua-bantuan di bawah JKM, boleh dilihat DI SINI.