Rayuan BPR Tambahan sehingga RM500 telah mula dikreditkan ~ Semakan status

Bermula pada hujung bulan September lalu, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa telah pun disalurkan kepada yang layak.

Ia termasuklah dengan pembayaran Rayuan BPR kepada mereka yang telah diluluskan permohonan Rayuan mereka oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Dalam masa sama, pembayaran Rayuan BPR bukan sahaja melibatkan pembayaran BPR di bawah PEMERKASA, tetapi juga bayaran BPR Tambahan di bawah PEMERKASA Plus (PEMERKASA+).

Jumlah Bayaran

Pembayaran BPR Tambahan adalah sehingga RM500, bergantung kepada kelayakan penerima. Berikut adalah perinciannya:

  • RM500 – Untuk isi rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
  • RM300 – Untuk isi rumah dengan pendapatan RM2,501 – RM5,000.
  • RM100 – Untuk bujang / ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • RM100 – Untuk bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Tarikh Pembayaran BPR Tambahan PEMERKASA+

Berdasarkan maklumat LHDNM, pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan secara berperingkat seperti jadual di bawah:

  • Pemegang Akaun (BSN) – Bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat.
  • Pemegang Akaun (selain BSN) – Bayaran mulai 4 Oktober 2021 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 4 Oktober 2021.

Semakan Status

Semakan status kelulusan Rayuan BPR boleh dibuat di laman rasmi BPR – KLIK SINI, dengan cara seperti berikut:

  • Log masuk di laman web BPR – DI SINI
  • Klik “Semak Status”
  • Lihat status rayuan atau status bayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *