Bantuan sehingga RM8,000 untuk golongan B40 ~ Syarat-syarat & Cara memohon

Kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan beberapa jenis bantuan bagi membantu masyakat Malaysia, terumatanya kepada golongan B40.

Antara bantuan itu termasuklah skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam yang memberikan perlindungan kesihatan percuma kepada golongan memerlukan (khususnya B40).

Berikut adalah penerangannya:

Manfaat mySalam

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (senarai penyakit kritikal).
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

 

Bantuan ini adalah terbuka kepada para penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan penyakit kritikal: 

  • Langkah 1: Layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke laman rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tempoh Proses Tuntutan

Bagi setiap tuntutan, anggaran masa yang diambil adalah selama 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Namun begitu, ia akan mengambil masa lebih panjang sekiranya dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak mySalam.

Dalam masa sama, mySalam adalah sebuah skim patuh Syariah kerana produk ini diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

Maklumat lanjut dan lengkap berkaitan mySalam boleh dirujuk di portal rasmi mySalam atau DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *