RM650 Terus Dikreditkan Ke Akaun Penerima Bulan Ini (April 2025): Maklumat Penuh STR Fasa 2

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan masyarakat yang sering menjadi fokus perbincangan ialah golongan B40 dan M40. Kategori ini merangkumi majoriti rakyat Malaysia – B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah, manakala M40 pula mencakupi 40% isi rumah berpendapatan pertengahan.

Walaupun berbeza dari segi tahap pendapatan, kedua-duanya berkongsi cabaran yang hampir serupa, terutama dalam memenuhi keperluan asas, menyesuaikan diri dengan kos sara hidup yang meningkat, serta menyediakan masa depan yang lebih baik untuk keluarga mereka.

Golongan B40 biasanya menghadapi kekangan kewangan yang lebih ketara. Ramai antara mereka bekerja dalam sektor tidak formal atau bergaji harian, menjadikan pendapatan mereka tidak menentu. Keperluan seperti makanan harian, tempat tinggal, pendidikan anak-anak, dan rawatan kesihatan menjadi perkara asas yang sukar dicapai tanpa bantuan atau subsidi kerajaan. Justeru itu, pelbagai inisiatif seperti Bantuan Tunai Rakyat (BTR), subsidi elektrik, dan bantuan persekolahan diwujudkan bagi meringankan beban mereka.

Sementara itu, golongan M40 pula sering berada dalam “zon kelabu” – tidak cukup layak untuk layak menerima banyak bantuan, tetapi tidak cukup kaya untuk menampung semua keperluan hidup tanpa rasa tertekan. Mereka menanggung pelbagai komitmen seperti bayaran pinjaman rumah dan kereta, kos pendidikan anak-anak, serta simpanan untuk persaraan.

Dalam masa yang sama, mereka juga terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi seperti inflasi dan kehilangan pekerjaan. Maka, meskipun berpendapatan sederhana, golongan ini memerlukan perhatian dan sokongan yang lebih menyeluruh bagi memastikan kestabilan hidup jangka panjang.

Keperluan golongan B40 dan M40 tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut bantuan kewangan semata-mata. Akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan mampu milik, latihan kemahiran, dan peluang pekerjaan yang adil juga merupakan keperluan asas yang perlu dipenuhi. Pendekatan holistik dan inklusif daripada kerajaan serta kerjasama sektor swasta amat penting bagi memastikan kedua-dua kumpulan ini tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Oleh itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif kepada mereka. Antaranya adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah program di bawah Kerajaan Persekutuan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2025 ini, syarat-syarat kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Jumlah Bayaran STR 2025

Pembayaran STR bagi tahun ini dibuat sebanyak empat fasa dengan kadar keseluruhan seperti berikut:

  • Isi Rumah (≤ RM2,500)
    • Anak 5 orang ke atas: RM2,500
    • Anak 3 – 4 orang: RM2,000
    • Anak 1 – 2 orang: RM1,500
    • Anak 0: RM1,000
  • Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
    • Anak 5 orang ke atas: RM1,250
    • Anak 3 – 4 orang: RM1,000
    • Anak 1 – 2 orang: RM750
    • Anak 0: RM500
  • Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
    • Jumlah STR: RM600
  • Bujang (≤ RM2,500)
    • Jumlah STR: RM600

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun dibayar kepada yang layak pada bulan Januari lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula mula dibuat pada 24 Mac 2025 bagi penerima sedia ada.

Bagi penerima baharu rayuan – pembayarannya mula dibuat pada 3 April 2025 secara berperingkat. Berikut adalah maklumat kadar pembayaran STR Fasa 2:

  • Isi Rumah (≤ RM2,500)
    • Anak 5 orang ke atas: RM650
    • Anak 3 – 4 orang: RM500
    • Anak 1 – 2 orang: RM300
    • Anak 0: RM150
  • Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
    • Anak 5 orang ke atas: RM300
    • Anak 3 – 4 orang: RM250
    • Anak 1 – 2 orang: RM200
    • Anak 0: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
    • Jumlah STR Fasa 2: RM150
  • Bujang (≤ RM2,500)
    • Jumlah STR Fasa 2: RM150

Cara pembayaran STR terbahagi kepada dua kaedah iaitu secara kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank/akaun tidak aktif.

Semakan STR 2025

Bagi semakan kelulusan STR, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Selain itu, semakan turut boleh dibuat di Pejabat HASiL yang berhampiran atau menghubungi talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *