RM500 Telah Dikreditkan Ke Akaun Bank Bulan Ini (Disember 2024): Maklumat Lengkap Bantuan BWE
Warga emas adalah golongan yang menjadi tunjang kepada sejarah dan warisan sesebuah keluarga dan masyarakat. Mereka adalah individu yang telah melalui pelbagai pengalaman hidup, menyumbang kepada pembangunan negara, serta mendidik generasi muda untuk mewarisi nilai-nilai murni. Namun, di sebalik kebijaksanaan dan pengalaman yang mereka miliki, warga emas sering berhadapan dengan cabaran yang memerlukan perhatian khusus daripada masyarakat.
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh golongan ini ialah kesihatan yang merosot. Selain itu, keperluan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan kos penjagaan kesihatan yang tinggi menambah tekanan kepada warga emas, terutama yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan keluarga atau kerajaan.
Dari segi sosial, ramai warga emas menghadapi isu kesunyian dan pengasingan, terutamanya mereka yang tinggal bersendirian atau jauh daripada keluarga. Perubahan gaya hidup moden, termasuk migrasi anak-anak ke kawasan bandar untuk bekerja, sering meninggalkan warga emas di kampung halaman tanpa sokongan emosi yang mencukupi. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, yang sering diabaikan oleh masyarakat.
Namun, dengan pendekatan yang betul, warga emas boleh menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera. Sokongan daripada keluarga, komuniti, dan inisiatif kerajaan seperti bantuan kewangan, perkhidmatan kesihatan percuma, serta program sosial khusus mampu meningkatkan kualiti hidup mereka.
Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan kepada golongan ini dan ia dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE). Ini merupakan maklumat terperinci tentang bantuan berkenaan: –
Bantuan Warga Emas (Bantuan BWE)
Bantuan Warga Emas merupakan salah satu bantuan bulanan yang telah diperkenalkan olah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia diberikan kepada warga emas (yang memenuhi kriteria kelayakan) dan bertujuan membantu mereka meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM500 dan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak serta diluluskan permohonan mereka.
Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan BWE
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon BWE
Untuk permohonan BWE, ia boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan kemudiannya akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat terperinci tentang Bantuan Warga Emas (BWE), boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Info Tambahan
Melalui Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BWE kepada RM600 berbanding RM500 sebelumnya. Manakala, kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan kepada RM250 daripada RM200 bagi seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah; serta kepada RM200 daripada RM150 bagi seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
Dalam masa sama, Bantuan Am Persekutuan turut dinaikkan kepada RM150 daripada kadar minimum RM100 dengan maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga.
“Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 ketimbang RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. Saya menyeru semua Kerajaan Negeri untuk turut menambahbaik Kadar Bantuan Am Negeri,” petikan ucapan pembentangan Belanjawan 2025.