RM200 Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank Hari Ini (8 Ogos 2025): Ini Info Penuh Cara Semak & Penerima

Dalam dunia yang serba pantas dan mencabar hari ini, keperluan masyarakat semakin hari semakin kompleks. Apa yang dahulunya dianggap sebagai kemewahan, kini telah menjadi satu keperluan asas. Kos sara hidup yang kian meningkat menjadi cabaran utama bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia.

Harga barangan keperluan harian seperti makanan, utiliti, dan perkhidmatan semakin mahal, sedangkan pendapatan tidak meningkat seiring. Keadaan ini memberi tekanan kepada keluarga B40 dan M40 untuk menyesuaikan perbelanjaan dengan keperluan semasa.

Di samping itu, gaya hidup moden juga memainkan peranan besar dalam membentuk corak perbelanjaan masyarakat. Kebergantungan kepada teknologi, langganan digital, kemudahan penghantaran makanan, serta kehendak untuk mengikuti trend terkini menjadikan kos harian bertambah tanpa disedari. Masyarakat kini bukan sahaja berusaha memenuhi keperluan asas, malah turut berhadapan dengan tekanan sosial untuk mengekalkan gaya hidup tertentu.

Tambahan pula, harga minyak kenderaan yang tidak menentu turut memberi kesan kepada perbelanjaan harian, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada kenderaan persendirian untuk bekerja atau berniaga. Kenaikan harga minyak boleh memberi impak kepada keseluruhan rantaian ekonomi – daripada kos pengangkutan barangan sehinggalah kepada harga jualan di pasaran.

Masyarakat hari ini perlu lebih bijak dalam merancang kewangan dan beradaptasi dengan perubahan ekonomi. Ketahanan kewangan dan penyesuaian gaya hidup secara sederhana menjadi kunci untuk menghadapi cabaran ini dengan lebih seimbang dan berdaya tahan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan program bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui sebuah program yang dikenali sebagai BUDI Madani dan berikut adalah maklumat selanjutnya.

Bantuan RM200 Setiap Bulan

BUDI MADANI adalah sebuah usaha Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Ia juga merupakan tanda komited Kerajaan untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Antara jenis BUDI MADANI yang disediakan adalah BUDI Individu iaitu sebuah program sumbangan tunai yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus bagi individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM200 setiap bulan dan berikan terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.
  • Kriteria Pemilikan Kenderaan
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  • Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Pendapatan pemohon atau pasangan mestilah tidak melebihi RM100,000 setahun atau RM8,333.33 sebulan.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi kelayakan BUDI Individu, permohonannya boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BUDI MADANI dengan tatacara berikut:

  • Mendaftar akaun pengguna
  • Klik pada menu Permohonan Baharu > Pemilikan Kenderaan (Diesel) Individu
  • Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
    • No. Mykad
    • No. Telefon Bimbit
    • Nama Bank
    • No. Akaun Bank
    • Alamat e-mel
  • Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
    • Jenama / Model Kenderaan
    • Kelas Kegunaan Kenderaan

Pemohon kemudiannya boleh membuat semakan status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lanjut berkenaan penyaluran bantuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) pemohon.

Pembayarannya dibuat secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana yang didaftarkan di sistem BUDI MADANI atau pengambilan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Akan tetapi, pembayaran BUDI Individu akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan). Pembayaran akan dibuat semula apabila semakan data agensi menunjukkan Lesen Kenderaan Motor tersebut aktif.

Berikut adalah maklumat jadual pembayaran Budi Individu bagi tahun 2025:

Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Budi Individu, sila lihat di Portal Rasmi BUDI MADANI – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *