Ini senarai Bantuan-Bantuan Zakat di bawah LZS, Borang Permohonan & cara membuat permohonan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya termasuklah melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memberikan pelbagai jenis bantuan zakat kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Berikut adalah bantuan-bantuan zakat di bawah LZS:

  • Bantuan Perubatan – Fakir Miskin
  • Bantuan Sewa Rumah – Fakir Miskin
  • Bantuan Badan dan Persatuan – Fisabilillah
  • Bantuan Penerapan Nilai Islam – Fisabilillah
  • Bantuan Yuran Sekolah – Fakir Miskin
  • Bantuan Hutang Kehidupan – Gharimin
  • Bantuan Kewangan Bulanan – Fakir Miskin
  • Bantuan Makanan Bulanan – Fakir Miskin
  • Bantuan Bina & Baik Pulih Rumah – Fakir Miskin

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk tujuan permohonan, pemohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh LZS dengan mengikuti kriteria asnaf sebagai mereka yang layak menerima zakat.

Permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Zakat LZS yang boleh dimuat turun secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi LZS atau diambil di mana-mana cawangan LZS.

Kemudiannya, proses kelulusan agihan akan melalui fasa-fasa berikut:

  • LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon;
  • Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan Zakat;
  • Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan;
  • Pemohon diluluskan/ditolak;
  • Pemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskin;
  • Sekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan diberikan.

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan dan lebih teliti lagi berkenaan bantuan zakat di LZS ia boleh dirujuk DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *