Jangan lepaskan peluang: Ini cara memohon bantuan e-Wallet RM300 yang dikreditkan setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai BINGKAS yang melibatkan bantuan kewangan berbentuk e-Wallet sebanyak RM300 yang dikreditkan setiap bulan. Bantuan itu boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Manfaat-manfaat BINGKAS

  • e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai dan pasaran berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai;
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan sebanyak RM300;
  • Baki nilai terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan;
  • e-Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Advertisement
Advertisement

Pemohon juga hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut bagi ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *