Bantuan dari RM350 hingga RM2,000 untuk golongan B40 bermula pada tahun depan
Dalam pembentangan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2022 di Dewan Rakyat – pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan.
Antaranya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu sebuah bantuan tunai yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan kos sara hidup dan beban mereka berpendapatan rendah.
Berikut adalah mereka yang layak menerima BKM:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Kadar Bantuan
Bantuan BKM akan melibatkan kewangan dari RM350 sehingga RM2,000 mengikut ketetapan khusus setiap kategori penerima. Ia boleh dirujuk di bawah:
Bantuan Tambahan bagi Isi Rumah
Kadar tambahan juga diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Dalam masa sama, data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Manakala, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM, dan kemaskini juga boleh dibuat oleh penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat.
Info lanjut dan lengkap berkenaan BKM, rujuk – DI SINI (PDF).