Cara semak dividen Tabung Haji di akaun masing-masing secara atas talian (online)

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah institusi Islam yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik untuk kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Selain itu, TH juga menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendepositnya. Antara misi utama TH adalah Memperkasa Ekonomi Ummah; Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global dan Lokal bagi Pertumbuhan Berterusan; Menggembleng dan Memperkaya Modal Pendeposit serta Memberi Perkhidmatan Cemerlang yang Berterusan.

Dividen Tabung Haji

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 – Tabung Haji mengumumkan agihan keuntungan (dividen) sebanyak 3.10 peratus yang bakal dimanfaatkan kira-kira 8.7 juta pendepositnya.

Pengumuman itu  dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar dan turut dihadiri Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar pada 28 April 2023.

Agihan keuntungan bagi tahun 2022 itu berjumlah RM2.65 bilion berbanding RM2.46 bilion pada 2021.

Dividen bagi tahun 2022 itu adalah setelah TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Semak

Bagi setiap pendeposit TH, dividen ini dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023.

Oleh itu, selepas tarikh berkenaan – para pendeposit boleh membuat semakan di akaun simpanan masing-masing melalui platform THIJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *