Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Belanjawan 2023 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan RM2500
Antara bantuan kewangan yang diperkenalkan adalah Bantuan Khas Kewangan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kadar sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Bantuan ini akan disalurkan para penjawat awam negeri berkenaan yang berjumlah sebanyak 5,599 orang.
Menurut kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2023, bantuan adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat sebanyak dua kali pada tahun ini.
Pembayaran pertama akan dibuat pada awal bulan Januari dan minggu pertama April 2023.
“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.
Selaun itu, belanjawan negeri yang bertemakan Melunas Janji, Menggalas Harapan itu turut mengekalkan 42 inisiatif sedia ada dan memperkenalkan 22 inisiatif baharu.
“Pelbagai bantuan kewangan, pemberian tunai, insentif bukan kewangan dan bantuan sokongan direncanakan oleh kerajaan negeri untuk dimanfaatkan oleh rakyat,” kata Aminuddin