Selain BKC, BPN & BPR. Ini Bantuan Khas COVID-19 Lain Yang Boleh Anda Mohon

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira untuk anda semua kerana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melaksanakan Bantuan Kecemasan #MUSAADAHCOVID19 MAIWP.

Ia bertujuan bagi membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.

Serta membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Syarat Umum Untuk Memohon

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon

Berikut merupakan senarai-senarai dokumen yang perlu anda lengkapkan sebelum menghantar permohonan:

  1. Borang permohonan (Klik Sini Untuk Download: Borang Permohonan)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan)
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan)
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  7. Satu salinan surat diberhentikan kerja oleh majikan

Lain-Lain Dokumen Yang Diperlukan Jika Berkaitan

  • Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  • Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam
  • Orang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
  • Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi bantuan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk yang layakt, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar permohonan dengan dokumen yang lengkap ke dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP.

*Untuk melihat senarai penuh kaunter boleh pergi ke pautan berikut: Senarai Kaunter (KLIK SINI).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *