Bantuan Khas RM300 dikreditkan tak lama lagi: Berikut adalah senarai penerima yang layak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Khas RM300

Pada bulan lalu, pihak Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada yang layak.

Manakala, baru-baru ini – pihak Kerajaan Negeri Kelantan pula telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada para Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan 2023.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata – bantuan itu turut akan diberikan kepada  kepada pegawai-pegawai lantikan politik sebagai penghargaan atas komitmen mereka sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Malah, ahli-ahli majlis, penghulu halaqat, penyelaras teknologi komunikasi dan makmumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN), guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan juga layak menerima bayaran bantuan khas tersebut.

Advertisement
Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Saya amat menghormati pengorbanan, curahan jasa termasuk kualiti khidmat yang diberikan oleh penjawat awam yang akan menjadi kayu ukur kepada kejayaan negeri dan rakyat Kelantan,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar di Kompleks Kota Darul Naim, pada Khamis lalu.

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayarannya, ia akan dimaklumkan dari masa ke semasa berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan Negeri Pahang turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar sebanyak RM300 kepada para penjawat awam negeri dan RM200 kepada para pesara kerajaan negeri.

Sumber: Kosmo.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *