Bantuan Tunai Berupa Ganjaran RM500 Oleh Kerajaan Kepada Yang Aktif. Berikut Senarai Penerima & Cara Memohon
Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bantuan ini termasuk dalam bentuk tunai kepada rakyat.
Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –
Bantuan Tunai RM500
Dibawah Belanjawan 2024, kerajaan akan sediakan ganjaran RM500 untuk para belia, tetapi mereka perlu berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat peruntukkan ganjaran khusus untuk para belia berusia 18 hingga 20 tahun, melalui kredit e-dompet. Untuk tahun 2024, kerajaan hadir dengan penawaran yang lebih baik.
Syarat Kelayakan
- Para belia berusia 18 hingga 20 tahun
- Berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Cara Memohon
Maklumat lanjut berkenaan program ini dijangka akan dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang.