Pendapatan Isi Rumah Dalam Kategori B40 & M40: Ini Cara Mohon Bantuan Awal RM300

Bantuan tunai adalah penting, tidak kira anda berada dalam kategori B40 ataupun M40. Di Malaysia, dua kategori bermaksud kumpulan pendapatan berbeza.

Untuk pendapatan isi rumah B40 bermaksud individu berpendapatan rendah. Pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,250 iaitu mewakili 3.16 juta isi rumah.

Bagi pendapatan isi rumah M40 bermaksud individu berpendapatan sederhana. Pendapatan isi rumah antara RM5,251 dan RM11,819 iaitu mewakili 3.16 juta isi rumah.

Berita baik untuk dua kategori. Ini kerana terdapat kerajaan negeri yang menyediakan bantuan tertentu untuk anda. Berikut merupakan penerangan secara terperinci mengenai bantuan tersebut.

Bantuan Awal BAKIPT RM300

Bantuan Awal BAKIPT bermaksud bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga dalam kategori B40 dan M40 yang ingin melanjutkan pelajaran.

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Bantuan yang akan dikreditkan kepada penerima yang layak ialah RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Tarikh Permohonan Bantuan

Terdapat dua tempoh masa permohonan bagi bantuan ini. Berikut dua kategori tersebut:

1) Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2024 – Jun 2024:
1 Mac 2024 – 30 Jun 2024

2) Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 – November 2024:
1 Julai 2024 – 31 Oktober 2024

Syarat Permohonan Bantuan

Senarai syarat permohonan penting agar pemohon layak untuk menerima bantuan ini. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

-Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan.

-Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.

-Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

-Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)

Advertisement
Advertisement

-Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.

-Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Dokumen Sokongan

Terdapat beberapa dokumen wajib yang anda perlu sertakan untuk memohon bantuan ini. Dokumen ini wajib dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG serta disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:

-Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
-Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07).
-Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT.
-Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon.
-Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)

Kategori Yang Tak Layak Memohon

Sebelum anda memohon, pastikan anda tidak berapa dalam kategori berikut. Ini bagi mengelakkan kesukaran pada masa akan datang.

-Pelajar PASCA-SISWAZAH
-Pelajar SEPARUH MASA
-Pelajar LUAR KAMPUS
-Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
-Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Cara Mohon Bantuan

Bantuan boleh dimohon secara dalam talian melalui pautan:
https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

Cara Pendaftar Pengguna Baru

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar sebagai pengguna baru:

1) Isi Parlimen anda (Boleh semak di laman web SPRM)

2) Isi Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN)

3) Isi Nombor Kad Pengenalan

4) Isi Nama

5) Isi Email

6) Isi kata laluan

7) Isi ulang kata laluan

8) Tekan Daftar

Cara Bantuan Disalurkan

Cara bantuan disalurkan akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Oleh itu, kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan.

Advertisement
Advertisement